7/01/2011

press 'Alt+Home'


Malam 1 Julai disinari samar-samar cahaya bulan.
Sedang kalian sibuk mengisi modul QS dengan tulisan jawi itu,
aku, bagasi besar ini diisi baju-baju, buku-buku,
untuk dibawa pulang ke tanah Mat Kilau.
Tempat lahirnya penaung negara.

Rubisco, Cuzco, Liza, Fishie, Dash, Remirez dan Pipyakas,
sudah bersiap dengan kelincahan masing-masing,
'petroleum jelly' sebagai 'lubricant'
mengalir bagai darah di dalam glomerulus.
Untuk turut serta ke halaman tercinta.

Bersama bagasi dan beg galas ini,
akan ku jemput bersama,
meneroka dengan menaiki
jentera Transnasional itu.
Pagi ini.

Kegembiraan aktiviti sebelum senja tadi,
masih cukup kuat untuk membiarkan aku tersenyum sendirian.
(>.<)
Poster hijau yang mempunyai 100++ layer jika dibuka file .psd itu,
telah berjaya diposkan melalui Yahoo.com
PECIPTA 2011, tidak ku begitu mengharap.
Tetapi berbaloi. Ya, itu menambahkan jangka kegembiraan tadi.

Sekarang, tiba masa pungguk pulang ke sarang,
puteri beradu ditemani dayang-dayang,
hilang cicak dalam bayang-bayang,
aku, di awan mimpi itu akan ku melayang.

Lampu pendaflour EDISON FL 18W-DL menjadi suram.
Setelah dilitup oleh langsir malam,
mata ini ku pejam.

Sambil menunggu kedinginan kabus,
menunggu kedatangan bola api yang tadi pupus,
Akan ku 'shutdown' Acer bukannya Asus,
Tamatlah ia apabila ku tekan 'publish post'.



________________________________________________________

No comments:

Post a Comment